Thursday, 26 April 2018

Bubur Lambuk Daun Moringa Versi Baby

Assalamualaikum.

Hai.

Hari ni saya masak bubur lambuk utk Aisyah.Ni versi baby ye.Special sebab masukkan daun moringa atau gemunggal.Daun ni banyak sangat khasiat tau.Sangat bagus untuk anak2 kita.

Ok jom tengok resipi

Bahan2:

Bawang merah/putih/halia
Kulit kayu manis,bunga lawang,cengkih
Brokoli,cauliflower,daun moringa
Santan
Daging
Beberapa titik Minyak bijan
Ghee/minyak/butter utk tumis
Secubit Lada putih
Daun pandan
Nasi

Tumis bawang,rempah sampai naik bau.Masukkan semua bahan2 & masukkan santan last.Didihkan sampai nasi tu jadi bubur & agak kering.Siap.

Senang kan?

Khasiat daun moringa tu boleh la ibu2 google ye iols is malas nak type.

Tata.

Monday, 23 April 2018

Birthday Abi Di Danau Tok Uban,Pasir Mas

Assalamualaikum


Well it was my hubby's birthday on 13 April.Kali ni memang x celebrate apa2 pun.Keluar makan pun x sebab kekangan masa then kami kerap jugak keluar makan or tapau makanan luar.

Just a simple wish,a kiss & hug.That's all.No birthday gift.Chepaskate kan bini dia ni!Haha.Sebab kami selalu beli something for each other.So,setakat hadiah apa la sgt.Yang penting kita ingat tarikh istimewa tu.

So,sebab dia punya birthday jatuh hari Jumaat,malam tu dia cakap,B jom kita bawak anak pergi kat Danau Tok Uban?Relax2 jer.Sambil abi nak mancing.Katanya la.

Berbekalkan makanan yg x berapa nak ada kat rumah,tapau nasi berlauk 2 bungkus dgn air teh ais,moh la kita ke Danau Tok Uban.Bawa snek jer untuk Mekcah.

Pernah dengar x pasal tempat ni?Boleh google sendiri ye iolss is so malas.Before this,pernah dah ada post pasal tempat ni.

Xde buat apa pun kat sini.Stay beberapa jam jer sebab nanti nak ke masjid untuk solat Jumaat pulak kan.Abi bentang tikar jer.Plan nak bukak khemah tapi macam over lak.Orang pun xde masa tu.Ada budak2 jer duk lepak.

Punya la happy Aisyah.Boleh la dia berlari dgn riang kat sini.Berlari berkejaran dgn ibu.T___T

Kat sini memang cantik pemandangan.Terutama awal pagi.Sunyi sepi.Sangat tenang.Sesuai untuk buat family day,bbq.Tapi if datang petang,harap maklum ye.Ramai sangat bebudak duk melepak,couple2 bermadu asmara kat sini.Sangat menyakitkan hati.Mencemar pemandangan jer dorang ni.Kadang2 ada event,group kereta datang sini.The best datang awal pagi.

Ok la.Setakat tu jer.Ibu xde modal dah nak cerita.So tempek la gambar kat sini dgn harapan nanti bila Aisyah dah besar boleh tengok semula gambar2 dia ye.




























Abi,Happy Birthday sayang...

Lots of love from ur baby tua & baby mekcah.💌

Sunday, 8 April 2018

Biarkan Anak Bermain

Assalamualaikum



Sebagai ibu muda(muda la sangat)..i mean 1st time jadi ibu.Xde pengalaman.Of coz seorang ibu akan jadi sangat protective kan?Sapa x sayang anak oi!Tambah2 anak sorang tu jer.Mesti la akan risau,jaga betul2 anak kita.Even nyamuk gigit pun dah bukan main kalut cari minyak nak sapu.


Aisyah dah 1 years old.So fasa tengah melasak dan aktif tahap apa ntah.Dia punya energy level tu Ya Allah....Ibu sampai dah jadi raksaksa dah!X tahu penat ke budak ni ek?Asyik main jer.Lompat sana sini.Dah macam kartun ibu tengok.Sekejap sana sekejap sini.X cukup tangan kaki ibu abahnya nak jaga.Ni baru sorang.Girl pulak tu.Macam mana la mak2 kita dulu jaga anak sampai belas2 orang ek?Dah la beranak poor spacing.T___T

Ok back to Aisyah.Aisyah memang saya x manjakan sangat.Setakat jalan2,jatuh,rebah tu ok jer.Kecuali abahnya la.Anak jatuh skit,terhantuk skit,dia punya tahap menggelabah tu memang menyampah!Bagi saya,selagi x sakit kuat,luka so she should be fine la.

So,ni nak kongsi cerita di petang hari.

Ibu abahnya sibuk berkebun.So anaknya mesti la akan ada sekali.Maka berkebun la kami bertiga.Nah,tengok la gambar2 Aisyah 'berkebun'.T_________________T







Mesti ada parent yg takut nak bagi anak explore or main benda2 kotor macam ni kan?

Bagi saya,aktiviti macam ni bagus tau.Bagus utk pergerakan,sensory skills dia.Let her explore the world around her.She's really enjoyed it.Dia betul2 having fun.Siap ketawa lagi.Plus ada kucing2 dia menyibuk sekali.

X payah la risau selut,tanah tu kotor la ada kuman la nanti ada cacing ke apa.Nanti mandikan anak tu,sental bersih2 dengan sabun.Malas nak basuh pakaian kotor tu?Itu masalah diri sendiri la tu.Susah apanya...campak jer dalam mesin basuh.Easy right?

Nak dengan x nak jer sebenarnya.

Sesekali biar anak explore.Lepas kat tanah.Biar dia sentuh tanah,rumput,main pasir ke.Bagus untuk sensory skill dia.Biar dia belajar.Jangan risau sangat.Biar dia bermain.Tapi kita kena perhati la,kang dia terpegang tahi kucing ke apa ke.Naya!


Ok la.Bye.

Sunday, 1 April 2018

Jalan-jalan Ke Pasar Munduk

Assalamualaikum.

Hai.



23 Mac Jumaat yg lepas,saya dan suami ke Pasar Munduk,Sg.Golok.Ni kali ke 2 saya ke sini.First time datang sini masa melawat bapa saudara suami di Kg Lubuk Sambal,Narathiwat.

Datang sini kali ni pun bukannya rancang pun.Hubby ajak datang sini untuk survey harga barang2 kat sini sebab ada orang mintak tolong untuk amik order.So alang2,hubby ajak la teman dia sambil jalan2 makan kat sini.

Cara nak ke sini.

Bagi kami senang la sebab kami tinggal di Pasir Mas.So lalu ikut Repek,jalan lama Rantau Panjang.Kami pergi masa tu dalam pukul 9 lebih dah.Dah ada dalam 4,5 buah kereta yg parking kat situ.Oh ye.Kat sini ada askar jaga.Plus tempat parking kereta ni memang kawasan rumah orang.So nanti datang sini,kita park kereta,then akan naik perahu ikut pengkalan belakang rumah2 kat sini.Sungai Golok belakang rumah dorang jer tau.Ala dekat sangat jer pun.5 minit gitu la naik perahu.Sungai ni x lebar pun.Perahu pulak besar.So ok jer.Kami bawa baby kami,Aisyah tau.Tapi hubby la yg carry pakai baby carrier.Nak angkut stroller memang x kuasa la sebab stroller besar.Ni yg rasa nak beli yg jenis lipat kecik macam baby throne tu.Senang nak travel or pergi mana2.

Bumi Siam ni panas tau.Panas sangat panas.Dah la Pasar Munduk ni tanah merah berbatu.Bila hari panas,berdebu.Bila hari hujan memang habis la kaki dengan seluar kena selut,lumpur.Tapi ada jugak jalan bertar.Dekat kedai-kedai yg jenis macam rumah kedai tu.Senang cerita lebih kurang Rantau Panjang jer la.Kalau ada baby,anak kecik memang senang ada stroller.Tapi kami ok jer pakai carrier.Cuma sakit bahu la sebab Aisyah berat oiii.Tapi pergi sana pun bukan nak shopping.So ok jer la carry anak pun.


Masa kami pergi tengah panas terik.X lama lepas tu,hujan lebat non-stop sampai la kami balik.Habis la kaki,seluar.So untuk sapa-sapa yg nak datang sini,x payah la nak berfesyen.Kami ni main redah jer.Aisyah pun apa lagi main hujan la dia.Sampai habis basah2.Bila lagi nak main hujan kan.Haha.

Datang sini kalau nak beli buah-buahan memang best sebab murah & segar2.Kalau nak beli pakaian,for me personally saya x beli kot.Kecuali macam seluar jeans tu ok la terutama yg lelaki punya.Sebab fesyen pakaian sini entahlah,saya x berapa suka.

Tapi bab makan tu memang kena makan la.Haha.Kat sini macam2 makanan Thai.Of coz la makan maggi celup dekat sini.Tapi rasanya lagi sedap dekat Rantau Panjang tempat kami selalu makan.Sedap tu sedap tapi sebab kami biasa makan tempat lagi sedap dari sini kan.So,the taste tu biasalah.Tapi yg kedai mee celup di Kg Lubok Sambal,Narathiwat tu memang sedap ya ampun...Sedap sangat especially sambal dia tu.Sambal lada goreng berminyak.Pedas berapi.X pernah lagi makan kat tempat lain sesedap ni.Tapi ntah bila la nak pergi situ lagi.

Kat sini saya cuma beli buah jer untuk buah tangan balik rumah mama ayah.Harga jauh lagi murah la.Contoh,mangga & ciku.Sangat manis.Puas hati beli.Tapi x beli banyak pun sebab malas nak bawa.Berat.Kan kita jalan kaki jer.

Oh lupa.Harga tambang perahu/bot cuma RM4 seorang pergi balik.Jangan risau,air sungai x kuat pun.Perahu tu besar so x terhuyung hayang la.

Tips ke Munduk:

Pakai pakaian selesa.Sebab kat sini panas.Or mungkin akan hujan jugak.Macam saya hari tu pakai tshirt dgn seluar track jer.Selesa.Panas pun ok.Hujan pun ok.X payah nak hipster or hijabista sebab nanti habis mekap kau cair dik.Baju labuh,meleret2 x payah la.Habis kau seret debu,selut tu.Lecak oi.

X bahaya ke?So far ok jer.Askar ada jaga.Kat pasar tu pun polis Thai ada round2 tau.Dorang x kacau pun.Munduk ni x semestinya boleh masuk tau.Ada hari2 yg askar kita jaga & dorang x benarkan masuk.So atas rezeki jugak la.Kalau bernasib baik boleh masuk.Hari Jumaat adalah hari Nat/Pasar Muduk.

Parking kereta free.Perkarangan rumah orang.Jangan risau dorang memang jaga kereta kita.Memang ni khas untuk orang yang nak ke Munduk.Tempat naik perahu belakang rumah dia jer.

Kasut tumit tinggi tu terpulang la kalau nak pakai.Tapi sini jalan kaki jer.Tawaf pasar & kedai2 kat sini agak jauh jugak.Ada jalan batu,ada jalan tar.So depends la kalau rasa kaki ok.Saya pakai kasut Crocs jer.Sebab nak kaki selesa jalan jauh & jalan laju2.Lagipun dari pengkalan nak naik/turun perahu tu kena daki tebing/tangga tinggi.

Kalau mak2  bapak2 or tua nak ikut datang sini ok jer.Tapi kesian la sebab kena jalan kaki.Tapi boleh jer berhenti rehat,makan2 kat kedai2 situ.

Makanan sini sedap plus murah.

Kalau nak beli barang tapi duk main nego then nego tapi x beli, seller xkan layan kau dah!Ni pengalaman saya tau.Mungkin ada sesetengah seller macam ni.Tapi 2x saya kena.Belum apa2 dia dah pakaikan gelang kat Aisyah.Padahal xnak beli pun.Singgah tengok sebab comel.Nak xnak terpaksa bayar la.Itu pun dia siap nak pakaikan rantai tapi saya tahan berkeras jugak cakap xnak.So hati2 ok.

Ada juga seller xnak layan kami.Mungkin tengok kami macam orang xde duit kot.Haha.Couple lain berfesyen bagai dia layan elok pulak.

Tandas out.Hubby yg masuk.Dia cakap azab!Haha,mujur la x masuk.So better kosongkan tangki awak siap2 ye.Takut terkejut tengok tandas.

Anak-anak kecik,baby please pegang jaga elok2 tau.Beg duit,hp pun sama.Sebab kita xtahu kan keadaan,orang macam mana.Hati2 sentiasa.


Tapi overall x serik datang sini.Cuma untuk makan je la.Best sini sebab kita boleh tengok suasana,gelagat orang kat sini.


Budak boring tunggu babah pergi tandas

Selfie dengan abam polis Thai.Dorang naik superbike round-round pasar

Abaikan muka ibu dengan mulut ternganga.Ni kat atas perahu.Kami bertiga jer masa ni.

Nampak x sungai tu?Itu la Sungai Golok


Maggi celup.