Tuesday, 11 June 2019

SURVEY TADIKA @ PLAYSCHOOL UNTUK AISYAH TAHUN DEPAN

Assalamualaikum

Hai.

Next year Aisyah akan turn to 3 years old.Still young,still kecik lagi tapi saja Aimi nak survey taska or tadika untuk dia.Actually,next year mungkin Aimi dah x kerja dekat tempat sekarang.Mungkin sekali dengan kena pindah rumah.Sebab jabatan kami dipusatkan dengan erti kata lain ditutup.So,still xtahu lagi kat mana staf akan ditukarkan.Aimi isi borang opsyen untuk stay di jabatan sekitar Pasir Mas sebab kalau boleh xnak pindah rumah.Ye la,rumah sewa kami sekarang ni sangat selesa walaupun kawasan banjir.Sewanya pun murah berbanding dengan saiz rumah tu.Dah la kawasan situ privacy.Tapi,kita hanya mampu merancang.Hopefully,adalah rezeki keluarga kami nanti.

Back to Aisyah.Dia ni sejenis kanak2 riang terlebih mesra rakyat.Dia peramah tau.So,kalau tengokkan pada cara dia,dia perlu ke school.Bukan kata kena pergi sekolah & belajar,boleh baca buku,boleh mengira.Nope la..

Aimi ada survey taska,tadika yang jenis macam playschool.Nak yang jenis budak2 main2,bukan duk belajar jer manjang.Ada a few la kawasan Pasir Mas ni yang Aimi jumpa.But u know la,yuran dia quite la expensive.Lagipun Aimi nak yang half day care jer.Sekerat hari jer.Pagi sampai tengah hari.Sebab dia kan di babysit oleh si abahnya.So,cukup separuh hari jer untuk dia bergaul,main dengan kawan2,belajar sambil have fun.

Sebelum ni memang Aimi homeschooling dia dekat rumah.Bukan la everyday.Contoh macam main apa2 montessory game,toy,sensory game gitu la.Tapi lately,Aimi sangat jarang dapat spend masa dengan dia.Kesian dia bila Aimi ada kat rumah,dia mesti nak Aimi put full attention to her.Fahamla kan kita ni ibu2,banyak benda lagi nak buat kat rumah.Bukanlah xnak bagi perhatian,tapi kadang2 tu x sempat.Sebab tu Aisyah skrg ni kuat sangat tantrum.Memang mencabar emosi mama sungguh.Tambahan,dia bila tengok Mama dia ada,jangan harap la dia nak abah dia.Seolah2 si abahnya dah x wujud.Adoi..itu yang sampai tahap jadi koala bear tu.Asyik nak mama jer!

At least bila dia gi school,dia have fun dengan kawan2.Bagus untuk perkembangan dia.Duk rumah pun kami x dapat la asyik nak main dengan dia.Dia asyik tengok kartun je la bila kat rumah.Aisyah sampai sekarang still x dapat bercakap lancar or sebut 2 patah perkataan.Yes dia lambat.Tapi Alhamdulillah dah banyak dia improved.Hopefully bila dia bergaul dengan kawan2,makin mudah untuk dia dapat bercakap.Dapat tambah dia punya vocabulary.

So,kat mana nak hantar dia?Selain dari yuran agak mahal,suasana tempat tu,kena tengok jugak proses pembelajaran.Nak spend beratus untuk yuran setiap bulan memang agak berat bagi rakyat marhaen macam kami ni.Lain la parents laki bini gaji besar.Bukan nak berkira,tapi memandangkan ekonomi sekarang pun teruk,dengan macam2 komitmen lagi,banyak benda perlu dipertimbangkan.

Nak hantar PASTI pun ok sebab dia selitkan agama kan.Tapi rasanya untuk budak umur 3 tahun dia x terima la kot.Plus Aisyah belum free pampers.Ni satu lagi cabaran untuk kami.Entah bila la ada masa untuk potty training dia.Phewwww...Ni baru anak sorang!


Monday, 10 June 2019

WALNUT BUTTERSCOTCH,CHOCOLATE & CHEESE CAKE

ASsalamualaikum...

Aimi saja nak share order sempena raya hari tu.X banyak pun.3 biji kek jer.Sebab Aimi x sihat skrg ni.

So kek pertama,kek coklat untuk birthday.Kek ni sejak dari sekolah lagi Aimi duk buat.Ambik order sejak sekolah lg.

Kek ke 2,kek cheese.Dalamnya kek span biasa.Luarnya Aimi coating dgn creamcheese frosting.Abaikan tulisan buruk tu.Ye saya mengaku saya sangat la x pandai nak tulis atas kek.

Kek ke 3 tu kek walnut butterscotch for my mom ordered by my sis.Ni memang our all time favorite la.

Kek lg 1 yg nampak K.O tu kek span utk si Aisyah tu la.Orang sibuk buat kek,dia sibuk nak makan kek sampai menangis,menjerit,menggelupur atas lantai.X sampai hati,so buat la sebijik kek kecik untuk dia.Dia kan memang suka sangat2 makan kek.

Semua kek ni simple saja deco sebab Aimi still x pandai pun.Masih belajar.Belajar pulak dari fb,google,youtube gitu la.X pernah pergi kelas.Ada jgk belajar dgn adik ipar.She is a baker.

Still a long way to go.InsyaAllah hari demi hari cuba improvekan diri.






SELAMAT HARI RAYA 2019!

Assalamualaikum.....

Hai.

Alhamdulillah,tahun ni masih diberikan kesempatan utk meraikan hari raya bersama keluarga tersayang.

Alhamdulillah jugak berjaya laksanakan ibadah puasa di bulan Ramadhan.Paling best,berjaya x pergi ke bazar Ramadhan seperti tahun lepas.Yes,kami masak kat rumah.Beli pun nasi kerabu dgn nasi beriyani jer tau.

So raya tahun ni kami sambut dgn sederhana.Alhamdulillah tetap meriah ye.Saya amik cuti sehari sebelum raya then hari raya ke 5.Kiranya direct la start cuti dari Selasa hingga Ahad.Hari ni baru masuk ofis.

Tahun ni serba sederhana.Biskut raya pun ala kadar jer.Biskut yg saya buat,florentine,brownies cookies,biskut arab,semperit coklat & famous amous.Semua habis dimakan Aisyah & abahnya sebelum raya.Haha..Bila tetamu dtg tanya mana biskut raya,saya jawab habis dimakan Aisyah.Suka sangat dia blh makan biskut.

Malam raya sampai raya ke 2,kami spent dkt rumah mama ayah saya di Pasir Puteh.Kali ni pun hubby yg masak.Hari pertama,nasi arab kambing,lemang & rendang.Ketupat pun ada.Ketupat manis versi Kelantan.Yang ni order jer.

Hari ke 2,hubby masak nasi minyak dalca daging &  saya masak ayam masak merah & juga bihun soto.

Petang tu terus balik rumah.Raya ke 3,ikutkan nak balik Pasir Puteh tengah hari tu.Tapi lepas spent time kat rumah arwah mok abah hubby,beraya dgn adik beradik hubby,pergi kubur,dah lewat tengah hari.Balik rumah tido jer la sebab badan sangat la letih.Tup2 petang tu abang & kak ipar datang.So bersilat la kat dapur sediakan dinner.Simple jer,masak sup ayam sebab lauk2 semua xde tau.Kami dah habiskan lauk sblm balik beraya hari tu.

Lepas Maghrib tu,dtg lg adik beradik hubby yg lain.So meriahlah rumah.Makan la dinner sup ayam ala kadar tu.Aisyah punya la suka ramai cousins dia.Happy sgt dia.

Hari raya ke 4,bangun awal pagi sediakan nasi lemak pandan & bihun soto utk adik beradik hubby breakfast.Alhamdulillah walaupun ala kadar,serba serbi x lengkap,dorang puji sedap.Masak seikhlas hati kan 😊.

Semalam,hari raya ke 5,sesi bersihkan rumah,mandi kucing.Rumah dah macam kapal pecah.Tu atas meja makan penuh dgn pinggan mngkuk.Belum sempat simpan lg.Nampak gaya weekend ni jugak la kot.Dahla kain baju penuh bilik x berlipat lg.

Tu la serba sikit cerita raya tahun ni.InsyaAllah thun depan beraya di Pasir Mas,or mungkin dah kat tempat baru.Tengoklah macam mana rezeki kita nanti.

Tata.